|
Terma
dan Syarat Pembelian & Penggunaan
Berikut
adalah terma dan syarat untuk Ebook "Panduan Kuasa
Forum". Dengan membaca terma dan syarat ini, maka
anda terikat sepenuhnya terhadap perkara tersebut.
Harga
Ebook, Pengkhususan, Hak Eksklusif
1. Harga
pasaran untuk Pakej Ebook ini adalah RM47.00 (atau
lebih), melainkan jika pihak kami melakukan sebarang
promosi atau potongan harga atau dalam maksud yang lain
menurunkan kepada harga yang lebih murah, maka harga akan
kurang daripada jumlah tersebut. Pihak kami juga berhak
menaikkan harga apabila perlu dan bila-bila masa sahaja
tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu secara umum
atau secara langsung.
2. Harga
RM47.00 adalah untuk Ebook utama sahaja dan tidak termasuk
lain-lain material seperti bonus dan sebagainya. Lain-lain
'bonus' adalah bahan tambahan semata-mata dan tidak
tertakluk kepada harga produk ini.
3. Jika kami
dapati anda menggunakan ebook yang diperolehi daripada
sumber yang haram (cetak rompak), maka kami akan
menggunakan apa sahaja cara termasuk tindakan
undang-undang. Pakej ebook ini hanya boleh
diperolehi melalui laman web ini sahaja.
4. Panduan
Kuasa Forum ini tidak sama sekali mengajar secara khusus
mengenai program affiliate, google adsense atau cara buat
duit dengan cara-cara yang lain. Panduan ini adalah secara
umum sebagai panduan sahaja.
5. Hanya
pembeli yang sah sahaja yang berhak menggunakan segala
kelebihan dan bonus eksklusif seperti yang dijanjikan di
laman utama web ini.
6. Sokongan
oleh pihak kami adalah hanya pada hari dan waktu bekerja
sahaja. Segala permasalahan hanya dilayan melalui emel
sahaja. Waktu kerja:
Isnin
hingga Jumaat : 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Namun kami
menerima emel pertanyaan pada 7 hari seminggu dan 24 jam
sehari. Cuma kami hanya akan membalas emel anda itu pada
hari dan waktu bekerja sahaja.
Jaminan
Pulangan Wang
Pihak kami tidak
menawarkan pulangan wang kerana produk ini adalah
produk digital dan anda perlu membuat keputusan untuk
membelinya atau tidak.
Penerimaan
Bayaran, Pesanan dan Link Download Ebook
1. Anda
(pembeli) mesti mengikut langkah-langkah pembelian yang
telah diaturkan agar proses penyemakan pesanan dan
pengesahan bayaran tidak bermasalah.
2. Anda
sebagai pembeli perlulah memberikan maklumat yang betul di
dalam borang pesanan pembelian. Kegagalan anda melakukan
hal ini dengan cermat akan melambatkan proses pengesahan
pembayaran dan penghantaran link download kepada anda.
3. Link
download ebook mestilah dirahsiakan dan hanya 'milik'
anda. Jika kami dapati anda mengedarkan link download,
kami akan bertindak tegas.
4. Sebarang
masalah dengan link download, file rosak (corrupt) atau
sebagainya, sila laporkan kepada kami dengan segera untuk
kami selesaikan masalah tersebut.
5.
Kebiasaannya, file ebook adalah tidak bermasalah, cuma
talian internet pembeli yang bermasalah menyebabkan file
tidak dapat dimuat-turun (download) dengan sempurna. Maka
ia adalah di luar daripada bidang kami. Jika ia berlaku,
kami akan bantu anda melalui beberapa alternatif lain.
Segala
perhubungan dan pertanyaan, sila hubungi kami melalui
emel.
- Tamat
Terma & Syarat -
Jika
anda bersetuju dengan Terma dan Syarat di atas, maka
teruskan membeli Panduan Kuasa Forum ini.
Jika
tidak bersetuju, maka anda tidak digalakkan membeli
panduan ini untuk mengelakkan ketidak-puashatian anda
kelak.
|